Sunday, 11 March 2012

Dekati Ulama'

http://4.bp.blogspot.com/-9UzyX0KCpNY/TuWIcXq1qGI/AAAAAAAAE7E/tonrj_ym42M/s400/P3010044%255B1%255D.JPG
Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
Biodata: Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz). Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul- Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah. Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad ‘Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990. Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan.
     Sekarang ini, Sheikh Nuruddin sering dijemput di majlis2 ilmu di sekitar Malaysia... Sesiapa yang berkelapangan boleh ikuti majlis ilmu bersama beliau....

2 comments: