Monday 13 August 2012

ALLAH MAHA SUCI DARI SIFAT DUDUK DAN BERTEMPAT
- BERDASARKAN DALIL-DALIL AL-QURAN, HADIS, IJMAK DAN AKAL -

1. Dalil al-Quran
Sesungguhnya Allah taala tidak memerlukan segala makhluk-Nya. Demi mensucikan Allah dari sifat persamaan dengan makhluk-Nya dan dari sifat berhajat kepada suatu tempat atau dari sifat berhajat kepada masa cukuplah dengan firman Allah taala:
ليس كمثله شىء
Mafhumnya:
“Tiada suatupun yang sama seperti-Nya” [Surah al-Syura, ayat 11]
Al-Imam al-Qurtubi berkata ketika mentafsir ayat di atas dalam kitabnya Tafsir al-Qurtubi[1]:
وقد قال بعض العلماء المحققين: التوحيد إثبات ذات غير مُشْبِهَة للذوات ولا مُعَطَّلة من الصفات وزاد الواسطي رحمه الله بيانًا فقال: ليس كذاته ذات ولا كاسمه اسم ولا كفعله فعل و لا كصفته صفة إلا من جهة موافقة اللفظ… وهذا كله مذهب أهل الحق والسنة والجماعة رضي الله عنهم
Maksudnya:
“Dan sesungguhnya sebahagian ulama muhaqqiqin telah berkata: “Tauhid itu ialah penetapan suatu zat yang tidak menyerupai zat-zat yang lain dan tidak menafikan sifat-sifat, al-Wasiti menambah suatu penjelasan dengan berkata: “Tiada suatu zat pun seperti zat-Nya, tiada suatu perbuatan pun seperti perbuatan-Nya dan tiada suatu sifat pun seperti sifat-Nya melainkan dari segi persamaan lafaz… Dan ini semuanya ialah mazhab Ahlul-Haqq was-Sunnah wal-Jama^ah radiyaLlahu ^anhum”. Intaha.

Allah taala berfirman:
هل تعلم له سميًا
Mafhumnya:
“…apakah engkau mengetahui ada suatu yang sama dengan Dia?” [Surah Maryam, ayat 65]
Al-Imam al-Qurtubi mentafsirkan ayat di atas dalam kitabnya Tafsir al-Qurtubi[2]:
قال ابن عباس: يريد هل تعلم له ولدًا أي نظيرًا أو مثيلا
Maksudnya:
“Ibn ^Abbas berkata: “Firman Allah taala itu bermaksud: “Adakah engkau mengetahui Dia ada anak yakni sebanding atau semisal dengan-Nya?”.

Allah taala berfirman:
ولم يكن له كفوًا أحد
Mafhumnya:
“…dan tiada satu pun yang setara dengan-Nya”. [Surah al-Ikhlas, ayat 4]

Antara sifat ketidaksamaan Allah dengan sesuatu selain-Nya ialah sifat kewujudan-Nya yang tidak pernah didahului dengan ketiadaan dan tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya. Dengan kata lain, tiada suatupun yang wujud tanpa didahului oleh ketiadaan melainkan Allah taala! Oleh itu, Allah telah wujud sebelum selain-Nya wujud. Inilah yang disebut sebagai azali atau keazalian. Ini berdasarkan firman Allah taala:
هو الأول
Mafhumnya:
“Dia-lah Yang Maha Awal”. [Surah al-Hadid, ayat 3]
Ayat 3 surah al-Hadid di atas ditafsirkan dengan dalil hadis yang menyusul di bawah.

2. Dalil Hadis
Rasulullah sallahu ^alayhi wa-sallam bersabda:
كان الله ولم يكن شيءٌ غيره
Mafhumnya:
“Allah ada azali dan selain-Nya tiada pun”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Bayhaqi]
Al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani (w. 852 H) menghuraikan hadis di atas dalam kitabnya Fathul-Bari dengan katanya[3]:
والمراد بكان في الأول الأزلية وفي الثاني الحدوث بعد العدم
Maksudnya:
“Dan maksud kana dalam lafaz yang pertama ialah keazalian (kewujudan tanpa didahului oleh ketiadaan atau kewujudan tanpa permulaan) dan dalam lafaz kedua ialah kebaharuan selepas ketiadaan (kewujudan yang didahului oleh ketiadaan atau kewujudan yang ada permulaan)”. Intaha.
Justeru, Allah taala sentiasa wujud azali dalam keadaan tiada suatupun yang bersama keazalian-Nya. Tiada suatu air pun, tiada suatu udara pun, tiada suatu bumi pun, tiada suatu langit pun, tiada suatu Kursi pun, tiada suatu Arasy pun, tiada suatu manusia pun, tiada suatu jin pun, tiada suatu malaikat pun, tiada suatu tempat pun dan tiada suatu masa pun bersama keazalian-Nya! Oleh itu, Allah taala wujud sebelum kewujudan tempat tanpa suatu tempat, dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan Arasy serta Dia tidak berhajat pun kepada ciptaan-Nya.

Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam bersabda:
اللهمّ أنت الأول فليس قبلك شيء, وأنت الاخر فليس بعدك شيء, وأنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء
Mafhumnya:
“Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatupun di bawah-Mu”. [Diriwayatkan oleh Muslim]
Al-Hafiz Ahmad ibn al-Husayn al-Bayhaqi (w. 458 H) berkata dalam kitabnya al-Asma’ wa al-Sifat[4]:
استدل بعض أصحابنا بنفي المكان عن الله تعالى بقول النبي: ((أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء)) وإذا لم يك فوقه شيء ولا دونه شيء لم يكن في مكان
Maksudnya:
“Sebahagian para sahabat kami mengambil dalil tentang penafian tempat daripada Allah taala dengan sabdaan Nabi : ((أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء)). Dan jika tiada suatupun di atas-Nya dan tiadapun di bawah-Nya maka Allah tidak berada di suatu tempat pun”. Intaha.

3. Dalil Ijmak
Kaum muslimin telah bersepakat bahawa Allah taala TIDAK BERTEMPAT di suatu tempat, tidak diliputi oleh sebarang tempat, tidak mendiami langit dan tidak juga mendiami Arasy kerana Allah taala wujud sebelum kewujudan Arasy, langit dan tempat. Allah taala mustahil berubah dari suatu keadaan kepada suatu keadaan dan dari suatu sifat kepada suatu sifat kerana perubahan keadaan dan sifat adalah sifat makhluk. Oleh itu, Allah taala wujud dengan kewujudan yang azali tanpa suatu tempat pun, dan selepas Dia mencipta tempat Dia masih wujud tanpa bertempat.
Ketahuilah bahawa para ulama yang terdiri daripada ahli hadis, ahli fiqh, ahli tafsir, ahli bahasa Arab, ahli usul, para ulama empat mazhab iaitu mazhab-mazhab Shafi^i, Hanafi, Maliki dan Hanbali – kecuali tokoh mazhab yang berpegang dengan aqidah tajsim – , ulama sufi yang benar semua mereka ini berpegang dengan aqidah yang mensucikan Allah dari tempat.
Antara ulama yang membawa nukilan ijmak Ahlus-Sunnah di atas aqidah yang mensucikan Allah taala dari tempat ialah al-Imam Abu Mansur ^Abdul-Qahir ibn Tahir al-Baghdadi (w. 429 H) dalam kitabnya al-Farq baynal-Firaq[5]:
وأجمعوا – أي أهل السنة والجماعة – على أنه – أي الله – لا يحويه مكان ولا يجوي عليه زمان
Maksudnya:
“Dan mereka – iaitu Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah – berijmak bahawa Dia – iaitu Allah – tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak dilalui ke atas-Nya oleh suatu masa”. Intaha.

Al-Shaykh Imamul-Haramayn Abul-Ma^ali ^Abdul-Malik ibn ^AbduLlah al-Juwayni al-Shafi^i al-Ash^ari (w. 478 H) menjelaskan ijmak tersebut dalam kitabnya al-Irshad[6]:
ومذهب أهل الحقّ قاطبة أنّ الله سبحانه وتعالى يتعالى عن التحيّز والتخصص بالجهات
Maksudnya:
“Dan mazhab Ahlul-Haqq bersepakat bahawa Allah subhanahu wa-ta^ala disucikan dari sifat mengambil lapang atau ruang dan disucikan dari sifat pengkhususan dengan arah”. Intaha.

4. Dalil Akal
Allah taala berfirman:
وقالوا لو كنَّا نسمع أو نعقل ما كنَّا فى أصحب السعير
Maksudnya:
“Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala”. [Surah al-Mulk, ayat 10]

Akal di sisi ulama tauhid adalah saksi bagi syarak dan bukanlah asal bagi agama. Oleh itu, para ulama tauhid tidak berbicara tentang hak Allah taala semata-mata bergantung kepada akal, bahkan mereka berbicara tentang perkara ini dari sudut pendalilan dengan akal berdasarkan perkhabaran yang sahih daripada Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam. Justeru, akal yang sejahtera tidak keluar dari perkara yang dibawa oleh syarak dan tidak saling bertentangan.
Dalil akal yang menunjukkan bahawa Allah taala itu maha suci dari tempat ialah jikalah akal boleh menerima bahawa Allah taala wujud tanpa bertempat sebelum penciptaan segala tempat, maka pastilah akal juga boleh menerima bahawa Allah taala juga wujud tanpa bertempat selepas penciptaan tempat dan ini bukanlah suatu penafian kewujudan Allah taala.
Perubahan keadaan dan sifat itu mustahil berlaku ke atas Allah taala kerana perubahan adalah bukti kebaharuan (kewujudan yang didahului oleh ketiadaan) yakni kemakhlukan. Kebaharuan atau kemakhlukan pula menafikan sifat ketuhanan. Iktikad tidak berdiri di atas perkara yang ditanggap oleh sangkaan, tetapi berdiri tegak di atas perkara yang boleh ditanggap oleh akal yang waras lagi sejahtera yang merupakan saksi kepada syarak.
___________________________________________
[1] Al-Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, Dar al-Fikr, Beirut, jil. 8, juz. 16, hlm. 10.
[2] Ibid, jil. 6, juz. 11, hlm. 54.
[3] Ibn Hajar al-^Asqalani, Fathul-Bari, Dar al-Rayyan, Kaherah, juz. 6, hlm. 334.
[4] Al-Bayhaqi, al-Asma’ was-Sifat; Bab ma ja’ fil-^Arsh wal-Kursi, Dar Ihya’ al-Turath al-^Arabi, Beirut, hlm. 400.
[5] Al-Farq baynal-Firaq, Dar al-Ma^rifah, Beirut, hlm. 333.
[6] Al-Juwayni, al-Irshad ila Qawati^il-Adillah fi Usulil-I^tiqad, Mu’assasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, Beirut, hlm. 58

Monday 9 July 2012

AKHLAK MUSLIM
"Jagalah dirimu dari perkara-perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling 'abid, dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan Allah kepada anda nescaya anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah kepada jiran anda, nescaya anda menjadi mu'min yang sebenar, dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri anda sendiri, nescaya anda menjadi seorang muslim yang sebenar, dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati.(diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari abu Hurairah)
Perintah yang terkandung dalam hadis di atas :

1) Menjauhi perkara-perkara yang diharamkan
Untuk mencapai darjat para muttakin, siddiqin, a'bidin dan solihin, seseorang itu perlu berusaha sedaya upaya menghindari dirinya dari terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan haram seperti makanan, minuman, perbuatan, tutur kata, .pendengaran, penglihatan dan tindakan.Usaha bagi menghindari perkara-perkara ini amatlah rumit kerana ia biasanya begitu hebat mempersonakan keinginan dan kecenderungan hati.

2 Relakan kurniaan dari Allah
Untuk mencapai ketenteraman jiwa, seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat-sifat qanaah(berpada) sifat tidak tamak dan haloba dalam memenuhi keperluan hidup apabila ia merasa cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku orang yang paling kaya di dunia.

3. Hubungan baik dengan jiran
Untuk mencapai ketenteraman sosial setiap Muslim haruslah menjalankan hubungan yang baik dan mesra dengan jiran tetangga kerana mereka adalah kelompok manusia yang paling hampir dengan kita selain ahli keluarga yang lain.

4. Cintakan orang lain
Islam adalah agama kasih sayang dan damai dari kekusutan hidup. Oleh itu setiap Muslim haruslah menaruh rasa kasih sayang terhadap orang lain sama dengan perasaan kasih terhadap dirinya sendiri. Apa yang tidak disukainya berlaku kepada dirinya harus pula tidak disukainya berlaku pada orang lain.

5. Jangan banyak ketawa
Ketawa pernah disifatkan sebagai "ubat jiwa". Akan tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan akan membuatkan seseorang itu tidak serius dalam kerja dan kehidupannya dan membuatkan hati nuraninya mati dalam keseronokan dan fikirannya tidak tajam dengan banyak ketawa. Barangsiapa banyak ketawa didunia dia akan menangis di akhirat dan barangsiapa menangis di dunia dia akan ketawa di akhirat.

BARAKALLAHU FIKUM....

Wednesday 30 May 2012

Kebinasaan Dalam Pujian
Tersebut didalam kitab Sairus Salikin :
“Ketahui oleh mu bahawasanya didalam memuji itu 6 kebinasaan, yang 4 kebinasaan didalam orang yang memuji dan 2 kebinasaan didalam orang yang dipuji.

Adapun, kebinasaan didalam orang yang memuji itu maka iaitu 4 :

1. Berlebih-lebih ia memuji akan seseorang maka menyebut ia akan sifat yang tiada ada kepadanya maka yang demikian itu dusta dan berdusta itu haram.

2. Bahawasanya terkadang ia memuji akan seseorang pada hal menzahirkan seorang itu dan didalam hatinya menyalahi akan yang demikian itu maka yang demikian itu riya’ lagi munafik dan yang demikian itu haram.

3. Bahawasanya terkadang ia memuji akan seseorang dengan sifat yang tiada yakin didalam hatinya itu seperti dikatanya “si fulan adil dan si fulan warak” dan barang sebagainya maka yang demikian itu tiada harus (haram).
Adapun ia memuji seseorang dengan sifatnya ia akan dia seperti dilihatnya akan orang sembahyang pada malam atau orang yang berbuat sedekah atau berbuat naik haji maka yang demikian itu tiada mengapa.

4. Bahawasanya terkadang memuji akan seorang yang zalim atau orang yang fasiq dan yang demikian itu membawa suka kepada orang yang fasiq atau membawa kepada menyukakan orang yang zalim atau orang yang fasiq dan yang demikian itu tiada harus (haram), sabda Nabi saw ertinya “Bahawasanya Allah taala sangat murka apabila dipuji akan orang yang fasiq itu” dan kata Hasan Al-Basri ra ertinya “Barangsiapa yang mendoakan bagi orang yang zalim itu dengan kekal ia didalam dunia nescaya kasih ia akan orang yang berbuat maksiat akan Allah taala didalam bumi”. Dan sayugianya bahawa dicela akan orang yang fasiq dan orang yang zalim itu supaya jangan gemar ia kepada fasiqnya dan zalimnya.

Adapun kebinasaan didalam puji itu maka iaitu dua perkara :

1. Dengan sebab dipuji akan dia itu jadi ia ‘ujub dan jadi ia takabbur dan yang demikian ini      membinasakan akan dia dan dari kerana ini bersabda Nabi saw bagi orang yang memuji akan seorang dengan katanya ertinya “Telah mengerat engkau akan leher sahabatmu dengan pujimu akan dia itu”.

2. Apabila dipuji akan seseorang nescaya jadi suka ia akan dirinya itu dan lupa ia akan      kekurangan dirinya dan akan aib dirinya dan yang demikian itu membinasakan akan dirinya dan dari kerana inilah sabda Nabi saw bagi orang yang memuji akan sahabatnya ertinya “Engkau putuskan akan leher sahabatmu dengan pujimu akan dia itu maka jika mendengar ia akan dia nescaya tiada dapat kemenangan. 

Kata Imam Ghazali ra : “Adapun apabila sejahtera puji itu daripada segala yang membinasakan atas orang yang dipuji dan orang yang memuji maka iaitu tiada mengapa memuji akan seseorang itu dan terkadang disunatkan memuji itu”.

Dan dituntut kepadanya seperti sabda nabi saw kepada Saidina Abu Bakar ra ertinya “ Jika ditimbang akan iman Abu Bakar dengan iman segala alam ini nescaya berat iman Abu Bakar itu”.

Dan lagi memuji Nabi saw akan Saidina Umar ra ertinya “Jikalau tiada dibangkitkan akan daku ya umar jadi nabi oleh oleh Allah taala nescaya membangkitkan Allah taala akan dikau ya umar jadi nabi”.

Dan lagi beberapa perkataan Nabi saw memuji akan sahabat-sahabat yang besar r.a.

Wallahua’lam

Sunday 11 March 2012

Dekati Ulama'

http://4.bp.blogspot.com/-9UzyX0KCpNY/TuWIcXq1qGI/AAAAAAAAE7E/tonrj_ym42M/s400/P3010044%255B1%255D.JPG
Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
Biodata: Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz). Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul- Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah. Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad ‘Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990. Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan.
     Sekarang ini, Sheikh Nuruddin sering dijemput di majlis2 ilmu di sekitar Malaysia... Sesiapa yang berkelapangan boleh ikuti majlis ilmu bersama beliau....

Saturday 10 March 2012

•٠•●❤ MEREKA YANG PERTAMA DI DUNIA ❤●•٠•

 1. orang yang pertama menulis Bismillah: : Nabi Sulaiman
2. orang yang minum air zamzam : Nabi Ismail
3. orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim
4. orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim
5. orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam
6. orang yang pertama mengerjakan saie anatara safa dan marwah : sayyadatina hajar(ibu Nabi Ismail)
7. orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW
8. orang yang pertama menjadi khalifah islam : Abu Bakar As-siddiq
9. orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-khattab
10. orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam islam : Al-Hassan bin Ali
11. orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah
12. orang yang pertama syahid dalam islam dari kalangan lelaki : AL-Harith bin Abi Halah
13. orang yang pertama syahid dalam islam dari kalangan wanita : sumayyah binti Khabbat
14. orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab/lembaran : Abdullah bin amru
15. orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas
16. orang yang pertama menjadi muazzin : Bilal bin Rabbah
17. orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi tholib
18. orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary
19. orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam
20. orang yang pertamna menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan
21. orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid
22. orang yang pertama mengasaskan usul fiqah : Imam syafie
23. orang yang pertama membina penjara dalam islam : Ali bin Abi tholib
24. orang yang pertama menjadi raja dalam islam : Muawayah bin Abi sufyan
25. orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid
26. orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-khattab
27. orang yang pertama menghafal Al-quran selepas Rasulullah : Ali bin Abi tholib
28. orang yang pertama membina menara di masjidil Haram Mekah : khalifah Abu Ja’afar Al-Mansur
29. orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus;ab bin Umair
30. orang yang pertama masuk syurga : Nabi Muhammmad SAW